LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belaian Jiwa Karaoke Promosi

Belaian Jiwa Karaoke adalah Sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan P.A System Serta DJ bagi sebarang majlis. Kami berpengalaman luas mengendalikan banyak acara-acara rasmi untuk jabatan kerajaan, syarikat korporat, IPT, Hotel promosi produk juga MAJLIS PERKAHWINAN.

Set KAraoke Majlis Kahwin

Kami menyediakan perkhidmatan SISTEM PEMBESAR SUARA termasuk PENGACARA MAJLIS (DJ)...... Menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti MAJLIS PERKAHWINAN, PERTANDINGAN KARAOKE, MAJLIS-MAJLIS RASMI, SUKANEKA dan LAIN-LAIN.

Perkhidmatan

Kami menyediakan perkhidmatan SISTEM PEMBESAR SUARA termasuk PENGACARA MAJLIS (DJ)...... Menerima tempahan untuk majlis-majlis seperti MAJLIS PERKAHWINAN, PERTANDINGAN KARAOKE, MAJLIS-MAJLIS RASMI, SUKANEKA dan LAIN-LAIN.

BIARLAH RAHSIA - SITI NURHALIZA

Biarlah RahsiaPenyanyi : Siti Nurhaliza Pernahkah kau bermimpi seketikaBerada di tempatkuMembayangkan pahit manis berlaluEntah siapa yang tahu Mungkin nanti kau jua merasakanBerdepan dengan kata menyesakkanTakkan tugumu kebalTiada pertimbangan.

Aku bukan untuk mu

Dahulu kau mencintaiku Dahulu kau menginginkanku Meskipun tak pernah ada jawabku Tak berniat kau tinggalkan aku Sekarang kau pergi menjauh Sekarang kau tinggalkan aku Disaat ku mulai mengharapkanmu Dan kumohon maafkan aku.

Showing posts with label Pelakon. Show all posts
Showing posts with label Pelakon. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Pelakon Adamaya Meninggal Dunia | Faizal YusoF


Slot adamaya kehilangan satu lagi pelakon hebat yang senantiasa mudah didampingi Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Dani.. Beliau disahkan meninggal dunia pada 01.01.2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) jam lebih kurang pukul 1.45 ptg. Penerbit filem merasakan kehilangan besar seorang aktor yang serbaboleh.. Al- Fatihah buat beliau.. Amin

berita penuh :

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu. Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
Kredit penuh untuk  Mstar Online..




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More